CUTI CUTI BERSAMA TRAVELOKA SALE-ABRATION

Apa khabar sahabat blogging Cidaa? Cidaa busy sikit sekarang. Maklumlah, dah hujung sem. Kalau takde pakej  assignment, project, dan test, bukan nama pelajar. Tak masuk lagi dengan perangai sorang-sorang, boleh buat jadi stressss (sebut macam Kang Gary). Hahahaha.. Adik-adik yang tengah sekolah, mesti tengah seronok. Minggu ni cuti sekolah kan. Buat apa cuti-cuti ni? Ajaklah mak ayah pergi travel. Dalam negara pun okay. Malaysia kan indah, kaya dengan flora dan fauna. 
Cidaa nak share sikit, one-stop center terhebat abad ini dalam membantu orang yang ingin travel dekat mahupun jauh. Cuba teka apa..?? Okay..Cidaa kasi tahu..
Jawapannya mesti lah TRAVELOKA!
Pernah dengar tak TRAVELOKA itu apa? Tahu tak apa tu TRAVELOKA? Makanan ke? Nama syarikat bas ke? EH.. Bukan..bukan..
 
TRAVELOKA adalah satu platform yang menawarkan perkhidmatan tempahan flight dan hotel untuk pengembaraan di dalam negara mahupun antarabangsa. TRAVELOKA membantu anda untuk memudahkan urusan tempahan tiket flight serta hotel. Anda tidak perlu membuka banyak laman web atau pun download applikasi yang berbeza semata-mata untuk menempah flight serta hotel untuk pergi bercuti. Hanya layari laman web TRAVELOKA atau pun download sahaja aplikasi TRAVELOKA di telefon bimbit anda. Wow. Ini sangat bagus. Jimat masa. 
Lagi satu, TRAVELOKA ini tak menipu tau. Apatah lagi soal harga dan bayaran. Apa yang dipaparkan, itulah harga yang anda perlu bayar. Memang jujur la. Harga yang dipaparkan semasa anda search hotel mahupun flight, itulah harga sebenar. Tiada caj tersembunyi. Orang putih cakap, NO HIDDEN CHARGE! Kalau tak percaya, cubalah dahulu. TRAVELOKA tak tipu punyalah..
TAWARAN PENERBANGAN
Seperti yang saya dah mention atas tadi, TRAVELOKA adalah platform untuk tempahan flight serta hotel. Mahu tahu macam mana TRAVELOKA membantu anda memilih flight untuk anda? Kita hanya perlu memilih destinasi yang kita ingini dan tarikh, lalu TRAVELOKA akan sort kan flight yang available based on kita punya preferences.
Lagipun hanya dengan 3 langkah sahaja kita dah boleh tempah tiket flight untuk percutian akan datang, Mudah, cepat dan ringkas. Pastinya akan menjimatkan masa anda. 
Langkah 1: Pilih destinasi. Dari mana nak ke mana. Ada banyak pilihan lokasi yang ada. Cuma perlu pilih. Hehehe
Langkah 2: Pilih tarikh. Tarikh pergi dan balik. Oh ya. Kalau rasa nak pergi lama sangat, tak tahu bila nak pulang, boleh pilih One-way. Kalau dah tahu bila nak balik, boleh pilih Return. Kemudian masukkan tarikh balik. 
Langkah 3: Masukkan bilangan passenger(s). Adult, Child and Infant. Anda juga boleh pilih seat class.. Nak economy, business mahupun premium economy. Dah isi semua, boleh laju-laju klik Search Flight. 
Dah cakap kan.. TRAVELOKA memang mudahkan kerja anda..
Ada satu lagi nak bagitahu.. TRAVELOKA menawarkan harga mampu milik. Tawaran serendah RM40 untuk destinasi domestik dan RM100 untuk destinasi antarabangsa. WAHHHHH!! Murah ke tak? Murah kan...Dah la jimat masa, duit pun jimat. 
TAWARAN HOTEL
Tadi dah tempah flight. Sekarang kita kena tempah hotel pulak. Melainkanlah kita ada rumah lagi satu dekat sana. Kali ini pun mudah jugak. 3 langkah jugak diperlukan untuk tempah hotel. EH. Mudahkan..
Hanya 3 langkah, dan poooffff!! Hotel boleh ditempah dengan mudah.
Langkah 1: Masukkan destinasi anda. Kalau rasa nak pergi melawat ke tempat yang ada landmark popular, dan inginkan penginapan terdekat dengan kawasan tersebut. Anda boleh laju-laju taip landmark yang anda nak pergi.
Langkah 2: Tempoh untuk menginap. Masukkan tarikh nak check-in dan tempoh masa menginap.
Langkah 3: Jangan lupa letak berapa orang tetamu serta berapa bilangan bilik yang ingin di booking. Laju-laju klik Search Hotels.
Nanti TRAVELOKA akan paparkan senarai hotel yang bersesuaian dengan criteria anda ingini. Anda jugak boleh memilih untuk tinggal di hotel, homestay, guest house, apartment mahupun resort. Tambahan lagi, anda boleh filter result untuk menyenangkan lagi pencarian anda. Boleh pilih based on facilities, star rating serta paling penting price. Hehehe..
Terdapat lebih 100 hotel eksklusif TRAVELOKA di pelbagai destinasi seluruh Asia Tenggara untuk memenuhi citarasa pengembaraan bagi memastikan anda mengalami pengalaman hebat sepanjang percutian anda. Hotel yang berkerjasama dengan TRAVELOKA akan dipilih berdasarkan citarasa pengembaraan anda. Setiap orang pasti ada tujuan masing-masing untuk bercuti. Hotel ini dipilih samada anda ingin bercuti sambil membeli-belah, melawat bandar yang kaya dengan budaya dan warisan, berehat di tepi pantai dan bermacam-macam lagi.
TRAVELOKA SALE-ABRATION
Kini, TRAVELOKA sedang mengadakan promosi khas untuk pelanggan yang selama ini memberi sokongan padu. 






Dah tak lama promosi TRAVELOKA nak habis. Jangan tangguh lagi. Jangan lengah lagi. Pilih destinasi , dan jom pergi bersama TRAVELOKA..








MANFAATKAN CUTI ANDA BERSAMA TRAVELOKA 😀😀😀

No comments:

Post a Comment