Teringin Jadi Fashion Blogger?



Hari-hari scroll ig.. Tengok dan like gambar kawan-kawan. Habis scroll gambar kawan, tengok gambar artis2, instafamous. Ya Allah.. cantik2 semuaa..Rasa macam tak nak kelip mata bila pandang gambar diorang. Kadang terfikir jugak, macam mana diorang boleh jadi famous .. Mungkin sebab diorang memang dilahirkan cantik begitu. Sebenarnya bukan itu aja. Kalau dari kecil memang cantik, rezeki laaa.. 


Bukan mudah untuk memulakan fashion blog . Ianya memerlukan kesabaran dan kesungguhan dan ini semua bukan mengambil masa sebulan atau setahun. Selepas bertahun-tahun usaha barulah orang sedar tentang kehadiran kita. Bila ada event, cuba jadi sedikit ramah, berkenalan dengan orang lain, bertukar-tukar idea serta nombor fon. Itu yang menyeronokkan bila dapat tambah kawan baru, kenal ragam mereka, idea mereka mana tahu dia boleh bimbing kita untuk menuju kejayaan. Hehehehe... Sebelum kita nak capai ke arah itu, let’s check out how you can turn yourself into a fashion blogger and work your way up from there



1. Mesti la kena ada blog.



Langkah pertama, daftar blog dan hias cantik-cantik. Cantik tak semestinya kena berwarna-warni, banyak gambar kartun/bunga.. Kalau boleh, mesti design kemas, kombinasi warna cantik, paling penting, tak loading slow dan paling penting nampak professional. Sekarang ni banyak je contoh-contoh design yang kita boleh dapat dari Google atau kalau malas nak godek-godek sendiri, boleh je tempah dengan blogger yang memang terrer bab ni. Mudah kan?


2. Tulis, tulis, tulis 



Untuk permulaan, kita mesti mesti mesti mula menulis artikel yang berkaitan fesyen. Kita boleh tulis mengenai pertunjukkan fesyen, trend terkini, OOTD dan pendapat mengenainya. Bila kita mula menulis, secara tak langsung, kita dapat  ilmu baru mengenai fesyen. Ye laa, kalau kita menulis, tak kan kita tak baca sekali kan. Psssst.. jangan lupa credit kalau kita ambil artikel dari mana-mana sumber.  Lama kelamaan, pasti orang akan sedar tentang kewujudan kita. Hehehe.. Sabar okayyy 😄😄😄😄


3. Keep up to date peeps..



Penting untuk kita tahu apa sebenarnya yang kita tulis. Kita boleh nak ambik artikel dari orang, tapi olah dengan gaya kita sendiri. Gittew.. So orang boleh tahu dari cara penulisan kita. Ikhlas jujur dari hati yang paling dalam. Dan orang akan percaya pada kita sekaligus rasa nak tahu lagi..nak tahu lagi.. 


4.Youtube



Pernah dengan nama Chriselle Lim? Bermula dengan berkongsi mengenai video tips fesyen dan solekan di youtube. Melalui video, pembaca/penonton akan mendapt gambaran yang lebih jelas tentang apa yang kita cuba sampaikan. Jadi, mula tunjukkan bakat anda dan tengok apa yang akan terjadi.

1 comment: